MEXICO CITY - Empat terbunuh dan empat lagi cedera akibat ditembak dalam satu kejadian di kawasan Green Hill di pulau Saint Vincent di Caribbean, menurut The Saint Vincent Times, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Insiden berlaku semalaman hingga (tengah malam) Sabtu, kata akhbar itu.
Iklan
Iklan
Lelaki bersenjata tiba di lokasi kejadian dengan menaiki kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang yang berkumpul di situ.
Tiga lelaki dan seorang wanita terbunuh dalam serangan itu.
Jumlah pembunuhan di negara itu telah mencapai 39 sejak awal 2026, dalam populasi kira-kira 110,000, hampir menyamai 40 pembunuhan yang direkodkan pada keseluruhan 2025. - Bernama