Matinya demokrasi di Negeri Sembilan
Iklan
Demokrasi secara tidak rasmi telah mati di Negeri Sembilan apabila SUK memilih mewartakan titah Tuanku Muhriz menarik semua perkenan ke atas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sekali gus membubarkan MMKN. Foto hiasan
PADA Jun lalu, Datuk Seri Aminuddin Harun mengejutkan apabila membubarkan Dewan Undangan Negeri Sembilan susulan perbalahan terbuka antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN).
Perbalahan ini berpunca krisis Institusi di Raja Negeri Sembilan. Pelantikan dan penurunan takhta Yang di-Pertuan Besar digariskan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan (UTKNS 1959) yang memberi kuasa kepada Undang Yang Empat dan peranan Menteri Besar dalam melaksanakan keputusan tersebut.