Apalah musibah negaraku!
Iklan
Krisis politik dan institusi diraja di Negeri Sembilan mencetuskan persoalan mengenai sistem beraja, Rukun Negara dan hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.
JEREBU belum hilang malah semakin buruk. Hujan kebat di KL dan banjir kilat di mana-mana. Tapi dunia politik kita lebih berjerebu daripada jerebu yang diimport dari negara jiran. Lebih memeranjatkan daripada banjir kilat di KL baru-baru ini. Lepas satu, satu masalah terjadi.
Macam haru biru di Negeri Sembilan (NS). Habis cacamarba jadinya. Yamtuan diturunkan, Exco pula dilucutkan. Entah mana satu Yamtuan yang sah. Kalau nak cari kes 3R tulen inilah kesnya.