Pada 18 September 2026...
Iklan
Pada 18 September 2026, saya berharap agar Malaysia menjadi sebuah negara yang menolak rasuah dan tahu malu 363 hari kemudian apabila menyambut hari jadinya yang ke-63. Foto hiasan
PADA 18 September 2026, saya teringat pesanan Khalifah Umar al-Khattab (memerintah 634–644 Masihi) kepada gabenor wilayah yang dilantik bahawa jawatan awam adalah satu amanah yang berat dan boleh menjadi 'satu punca kehinaan dan penyesalan pada Hari Kiamat' bagi sesiapa yang gagal menunaikannya.
Ini berlainan sekali daripada nilai-nilai di pelbagai empayar dan kerajaan sebelum, semasa dan selepas baginda, termasuk Amerika Syarikat di bawah pentadbiran Trump di mana memegang jawatan awam sering dilihat sebagai kejayaan kerjaya peribadi, sampai perbuatan pemimpin menyakau dana kerajaan atau mengayakan diri dan kerabat dengan kuasa kerajaan pun sering dihalalkan oleh pengikut.