Pusat Bandar Utara, sekitar Pasar Borong Selayang lokasi PKPD
Iklan
PUTRAJAYA – Pusat Bandar Utara dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur (Pasar Borong Selayang) menjadi lokasi terbaharu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa serta merta sehingga 3 Mei.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD keenam itu melibatkan lapan parcel atau kawasan perumahan yang telah dikenalpasti.