Polis siasat kes imam warga Thailand diugut, kereta isteri diconteng cat hitam

Iklan
Seorang imam warga Thailand yang didakwa menerima ugutan berhubung pemberian maklumat mengenai aktiviti penyeludupan PATI di kawasan Kepulauan Tumpat, berdepan kejadian kereta milik isterinya diconteng cat hitam di Jeti Kok Majid, Tumpat pada Isnin. Foto polis

TUMPAT - Seorang imam warga Thailand yang didakwa menerima ugutan berhubung pemberian maklumat mengenai aktiviti penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan Kepulauan Tumpat, berdepan kejadian kereta milik isterinya diconteng cat hitam di Jeti Kok Majid di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie berkata, kejadian itu disedari lelaki berusia 30 tahun berkenaan selepas dia kembali ke jeti berkenaan kira-kira jam 9.36 malam.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, sebelum itu pengadu meletakkan kereta jenis Honda City berwarna putih berkenaan di Jeti Kok Majid kira-kira jam 7.10 malam sebelum bergerak ke Masjid Pulau Beluru untuk menunaikan solat Isyak.

"Pengadu kemudian membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan

Mohd Khairi memberitahu, sebelum kejadian pengadu turut menerima satu tangkap layar daripada rakannya yang mengandungi kenyataan berhubung dakwaan bahawa dia telah diugut.

Ujarnya, ugutan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan pemberian maklumat kepada pihak berkuasa mengenai aktiviti penyeludupan PATI di kawasan Kepulauan Tumpat.

Iklan

"Bagaimanapun, pengadu menafikan dakwaan tersebut.

"Kami kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti suspek dan motif kejadian selain menyiasat kemungkinan terdapat kaitan antara kejadian khianat berkenaan dengan maklumat yang diterima pengadu sebelum itu," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan IPD Tumpat di talian 09-7252482 atau hadir di balai polis berhampiran