SHAH ALAM - Sebanyak 2,026 pek nasi goreng kampung diagihkan secara percuma kepada pengunjung Festival Budaya Malaysia (FBM) 2026, sekali gus melayakkan Ajinomoto Malaysia Berhad (Ajinomoto Malaysia) menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Pencapaian menerusi kategori 'Most nasi goreng kampung' giveaway in an event' dicatat selepas 2,026 pek hidangan menggunakan 'Seri-Aji Nasi Goreng Kampung' itu berjaya diagihkan dalam tempoh satu hari pada 13 September lalu.
Ajinomoto Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan jumlah 2,026 pek bukan sekadar bagi mencipta rekod, sebaliknya membawa makna tersendiri bersempena tahun 2026.
"Selain agihan nasi goreng kampung, pengunjung yang hadir ke reruai Ajinomoto Malaysia di Pesta Seri Rasa turut berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sepanjang FBM 2026, termasuk pemberian sampel produk, promosi set kombo dan aktiviti putar dan menang," menurut kenyataan itu.
Dalam pada itu, penyertaan dalam FBM membuka ruang kepada Ajinomoto Malaysia berinteraksi secara lebih dekat dengan pengguna menerusi makanan, aktiviti dan pengalaman, di samping mengetengahkan kepelbagaian makanan serta budaya yang menjadi sebahagian daripada kehidupan rakyat Malaysia.
Usaha berkenaan selari dengan komitmen syarikat menerusi konsep 'Eat Well, Live Well' yang menggalakkan rakyat menikmati makanan yang lazat, selain meluangkan masa memasak, berkongsi dan menikmati hidangan bersama keluarga serta insan tersayang.
Dalam perkembangan sama, Ajinomoto Malaysia turut melaksanakan kempen 'Cinta Rasa Malaysia' dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.
"Menerusi kempen ini, pengguna hanya perlu membeli produk Ajinomoto Malaysia yang terlibat dengan nilai minimum RM10 dalam satu resit, sebelum menghantar resit tersebut melalui WhatsApp atau SmartCooking.com.my untuk peluang memenangi hadiah bernilai RM25,000.
"Pada masa sama, Ajinomoto Malaysia akan menyumbang RM1 kepada Yayasan MyKasih bagi setiap resit RM10 yang layak dihantar.
"Sumbangan ini akan membantu menyokong usaha menyediakan bantuan makanan kepada keluarga yang memerlukan di seluruh Malaysia," menurutnya.