Tak pilih hijau dikata tak nak penyatuan ummah, tak pilih merah dikata lupa daratan - ADUN Duyong

Iklan
Mohd Noor Helmy.

MELAKA - Barisan Nasional (BN) tidak mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak dalam menentukan hala tuju kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkata, apa juga keputusan yang dibuat tidak mungkin dapat memuaskan hati semua pihak.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya, yang penting ialah pilihan tersebut adalah yang terbaik dibuat demi kepentingan rakyat.

“Kalau tak pilih hijau, dikatakan tak nak penyatuan.

Iklan

Kalau tak pilih merah, dikatakan lupa daratan.

“Kalau tak pilih siapa-siapa, dikatakan sombong.

Iklan

Hidup ini adalah pilihan,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.

Dalam pada itu, perkhabaran pembubaran DUN Melaka semakin hangat diperkatakan dengan jangkaan pengumumannya dijangka diadakan hari ini.