Bekas menteri cadang aturan 30 peratus ekuiti Bumiputera dihapuskan

Iklan
Zaid mencadangkan aturan 30 peratus ekuiti Bumiputera dihapuskan kerana mendakwa ia hanya memperkayakan golongan elit.

SHAH ALAM - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan aturan 30 peratus ekuiti Bumiputera dihapuskan kerana mendakwa ia hanya memperkayakan golongan elit dan menggalakkan kegiatan mencari keuntungan melalui kedudukan atau pengaruh.

Beliau menyifatkan aturan berkenaan sebagai 'sandiwara', selain mempersoalkan ketiadaan kriteria jelas dalam menentukan Bumiputera yang menerima manfaat daripada peraturan tersebut.

Iklan
Iklan

"Negara ini tidak mempunyai peraturan ekuiti Bumiputera, apatah lagi pusat tuisyen. Yang ada hanyalah peraturan sewenang-wenangnya.

"Seseorang yang mempunyai kuasa boleh memutuskan mengenai peraturan 30 peratus pada satu hari, dan orang lain boleh membatalkannya pada hari berikutnya," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Iklan

Dalam pada itu Zaid mencadangkan kerajaan mengenal pasti perniagaan atau sektor yang ketinggalan dalam kalangan Bumiputera sebelum membuat pelaburan dalam bidang berkenaan.

Menurut beliau, ia perlu diberikan kepada usahawan Melayu secara individu yang berminat bagi menggalakkan secara proaktif golongan perdagangan dan kelas perniagaan Bumiputera.

Iklan

Selain itu Zaid turut mencadangkan aturan 30 peratus tersebut diterbalikkan bagi kaum bukan Melayu dengan menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus penyertaan bukan Melayu dalam perkhidmatan awam termasuk guru, tentera, polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

"Saya yakin keadaan akan menjadi lebih baik untuk negara.

"Begitulah cara kita mencapai tujuan asal Dasar Ekonomi Baru (DEB), iaitu memastikan sesuatu perniagaan atau profesion tertentu tidak dikenal pasti berdasarkan etnik.

"Inilah jalan menuju sebuah negara yang lebih bersatu," ujarnya.