Bantulah semua manusia
Iklan
Cuma, seboleh-bolehnya kita mahu parti politik juga merajinkan diri untuk melakukan kutipan derma awam untuk anak-anak kita yang miskin juga.
TIADALAH berita paling merisaukan apabila membaca kisah seorang anak gadis dari Kelantan yang bercerita dia nyaris tidak dapat melanjutkan pelajarannya ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana tiada wang.
Dalam ceritanya, keluarganya mungkin mampu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM798, tetapi belanja yang lain mungkin sukar bagi mereka.