Pentadbiran Negeri Sembilan boleh lumpuh - Penganalisis politik
Iklan
Sistem perlembagaan di Negeri Sembilan begitu kompleks kerana ia turut membabitkan Undang Yang Empat dan Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan (DKU). Gambar kecil: Nik Ahmad Kamal
SHAH ALAM - Pentadbiran Negeri Sembilan berdepan risiko lumpuh sekiranya pembatalan pelantikan Exco Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang penyelesaian segera.
Pakar perlembagaan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ini kerana mesyuarat tidak boleh berfungsi dengan ketiadaan barisan anggota Exco negeri berkenaan.