KKM, JPA, MOF bekerjasama segerakan pemberian ex-gratia mangsa nahas FDS
Iklan
Dr Dzulkefly
TAIPING - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memastikan kelancaran proses pemberian ex-gratia kematian, tuntutan faedah persaraan dan lain-lain faedah kepada keluarga dan waris mangsa operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) yang terkorban di Sarawak, 8 September lepas.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehubungan itu pihaknya sedang bekerjasama dengan Bahagian Pencen Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MOF) untuk memastikan keluarga dan waris yang ditinggalkan mendapat pembelaan sewajarnya.
Iklan
Iklan
"Perincianya saya tidak boleh sebut, tetapi perhitungannya termasuk segalanya sangat terperinci. Mereka (JPA dan MOF) sedang menghitungkan semua itu. Ex-gratia itu ada banyak pecahannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Taiping di sini pada Isnin.
Pada 8 September lepas, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan memaklumkan sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Landasan Pendek (STOLport) Long Lellang, Ulu Baram, kira-kira 929 kilometer dari Kuching.
Iklan
Menurut kenyataan itu, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi perkhidmatan doktor udara (FDS) ketika kejadian.
Residen Bahagian Miri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Galong Luang mengesahkan kesemua lima individu di dalam helikopter itu meninggal dunia dalam kejadian pada kira-kira 3.40 petang.
Iklan
Mangsa yang terkorban ialah juruterbang, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30; pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33; pembantu perubatan, Alexson Adit Henry, 31; serta dua jururawat, Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44.
Dr Dzulkefly berkata, KKM tidak menetapkan tempoh tertentu bagi penangguhan sementara operasi FDS di Sarawak bagaimanapun operasi itu hanya akan disambung semula selepas siasatan rasmi pihak berkuasa selesai dilakukan.
"Sejurus selesai kita mulakan semula, kita tidak akan tunggu. Semuanya bergantung kepada hasil siasatan dan sebagainya.
"Jadi, kita tunggu dulu untuk dapatkan hasil siasatan dan kita akan membuat langkah untuk membuat keputusan terhadap perkhidmatan-perkhidmatan seterusnya," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, KKM memperuntukkan lebih RM1.65 juta untuk menaik taraf dan menambah baik kemudahan di Hospital Taiping.
Beliau berkata, peruntukan itu membabitkan kerja-kerja naik taraf, pengubahsuaian dan pembaikan yang melibatkan kemudahan penjagaan kesihatan, tandas serta bahagian lain.
Katanya, jumlah itu meningkat berbanding peruntukan sebanyak RM571,000 pada tahun lepas bagi kerja-kerja penambahbaikan melibatkan Jabatan Kecemasan dan wad psikiatri hospital tersebut yang telah pun siap sepenuhnya. - Bernama
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.