Maxim, APAD sumbang bangku ruang tunggu janji temu, kerusi roda kepada HTA

Iklan
Maxim dengan kerjasama APAD menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bangku ruang menunggu kepada HTA.

SHAH ALAM - Maxim Malaysia dengan kerjasama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menganjurkan program amal dengan menyumbangkan sebanyak 15 bangku ruang menunggu dan 15 kerusi roda di Hospital Tunku Azizah (HTA).

Bangku tersebut membolehkan pengunjung dan pengiring pesakit menunggu janji temu dengan lebih selesa, manakala kerusi roda baharu dapat memudahkan pergerakan pesakit yang mempunyai masalah mobiliti dari satu jabatan ke jabatan lain.

Iklan
Iklan

Ketua Maxim di Kuala Lumpur, Syed Abdul Syarif Syarif Peayaru berkata, sumbangan berkenaan merupakan bantuan praktikal yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada pesakit dan keluarga mereka sepanjang berada di hospital.

"Bagi kami, sumbangan yang kecil sekalipun mampu memberikan manfaat yang besar apabila disertai dengan keikhlasan untuk membantu.

Iklan

"Kami percaya usaha seperti ini secara berperingkat dapat mewujudkan persekitaran yang lebih prihatin dan mengambil berat terhadap masyarakat di sekeliling kita," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan di lobi utama hospital tersebut pada Isnin.

Mengulas lanjut, Maxim berkata, pelaksanaan inisiatif berkenaan selari dengan seruan APAD yang menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.

Iklan

Ujarnya lagi, program tersebut merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) berterusan Maxim Malaysia yang dilaksanakan di pelbagai negeri dan memberi tumpuan kepada keperluan praktikal masyarakat setempat.

"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat telah melaksanakan pelbagai inisiatif CSR yang bertujuan meningkatkan kemudahan di ruang awam serta menyokong sektor pendidikan dan penjagaan kesihatan.

"Usaha ini turut diharap menjadi inspirasi kepada lebih banyak syarikat untuk mengambil langkah yang sama serta memperkukuhkan jaringan sokongan sosial untuk institusi awam di seluruh negara," katanya.