Kuartet renang 4x200m negara pecah rekod kebangsaan

Iklan
Perenang bersaing dalam acara akhir renang berganti-ganti gaya bebas 4x200 meter lelaki pada Sukan Asia 2026 di Pusat Akuatik Tokyo. Foto AFP

KUARTET renang 4x200 meter (m) gaya bebas lelaki negara mencipta rekod kebangsaan baharu pada final acara berkenaan di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Tokyo Aquatic Centre di sini pada Isnin.

Kuartet dibarisi Khiew Hoe Yean, Lim Yin Chuen, Tan Khai Xin dan Arvin Shaun Singh Chahal mencatat masa 7 minit 18.79 saat (s) untuk menamatkan saingan di tempat kelima, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 7:19.50s yang dicatatkan pada Sukan SEA Thailand 2025.

Iklan
Iklan

Catatan itu menyaksikan mereka memperbaiki rekod terdahulu sebanyak 0.71s pada penampilan di pentas Sukan Asia kali ini.

China meraih pingat emas selepas memecahkan rekod Asia dengan catatan 7:00.17s, mengatasi rekod terdahulu 7:00.91s.

Iklan

Tuan rumah Jepun meraih perak dengan catatan 7:01.05s, manakala Korea Selatan melengkapkan podium dengan masa 7:06.76s.

Terdahulu, kuartet negara melayakkan diri ke final selepas mencatat 7:22.05s pada saringan untuk menduduki tempat kelima keseluruhan.

Iklan

Malaysia yang beraksi dalam saringan kedua menamatkan saingan di tempat ketiga di belakang China yang merekodkan 7:11.70s dan Jepun (7:13.02s). - Bernama