MyZULU Health perkasa digitalisi kesihatan ATM
Iklan
Malek Razak bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Leftenan Jeneral Datuk Dr Zulkeffeli Mat Jusoh semasa melancarkan aplikasi MyZULU Health di Lumut.
KUALA LUMPUR - Perkhidmatan kesihatan ATM melalui transformasi menerusi pelaksanaan sistem rekod perubatan digital bersepadu dan aplikasi mudah alih sesuai dengan kemajuan teknologi.
Aplikasi ini bagi memperkemas dan memudahkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada anggota tentera.
Iklan
Iklan
Inisiatif itu merangkumi pelaksanaan aplikasi mudah alih MyZULU Health bersama Fasa 2 Centralised Medical Repository System (CENTROMERES).
Aplikasi berkenaan dilancarkan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman sempena sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-93 di Pangkalan TLDM Lumut pada Sabtu lalu.
Iklan
Aplikasi tersebut dibangunkan syarikat teknologi pertahanan tempatan, Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatic) yang juga merupakan pendahulu dalam bidang keselamatan siber.
MyZULU Health membolehkan pengguna mengurus janji temu, memantau petunjuk kesihatan dan melengkapkan borang secara digital.
Iklan
Pengurus Projek Kanan Mindmatics, Azman Ahmad berkata, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store.
Menurutnya, Mindmatics turut melaksanakan Fasa 2 Centralised Medical Repository System (CENTROMERES) bagi menyediakan Sistem Maklumat Kesihatan (HIS) di lima hospital tentera seluruh negara.
Ia melibatkan Hospital Tuanku Mizan Kuala Lumpur, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Ke-94 Terendak, HAT Ke-96 Lumut, HAT Wilayah Kota Kinabalu dan Hospital Tentera Gemas.
Katanya, CENTROMERES menjadi rangkaian kesihatan elektronik teras ATM, dengan Fasa 1 membangunkan Military Lifetime Health Record (MLHR) di 116 lokasi kesihatan.
“Fasa 2 pula mengintegrasikan HIS dengan MyZULU Health bersama Rekod Perubatan Elektronik (EMR), Computerised Physician Order Entry (CPOE), Sistem Maklumat Makmal (LIS), Sistem Maklumat Farmasi (PIS), Radiologi/PACS serta logistik rantaian bekalan perubatan secara automatik,” katanya.
Sistem berkenaan turut disokong infrastruktur SD-WAN dan diintegrasikan dengan pangkalan data nasional termasuk MyHDW/SMRP serta HRMIS Angkatan Tentera.
Azman berkata, HIS yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun itu selaras Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera 2017–2050 serta menggantikan aliran kerja berasaskan kertas kepada sistem digital menyeluruh.
Jelas Azman lagi, bagi pihak Mindmatic, kejayaan ini dicapai apabila aplikasi tersebut berjaya dibangun dan disiapkan, teruji dan menepati piawaian ketenteraan, dibangunkan oleh kepakaran tempatan sepenuhnya dan mempunyai fungsi AI tersedia
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.