Sedarlah diri, kita hanya rakyat
Iklan
Warna-warni media Malaysia kebelakangan ini dengan pelbagai laporan berita. Foto hiasan
WARNA-WARNI sungguh media Malaysia kebelakangan ini. Bermula dengan berita duka apabila helikopter Perkhidmatan Doktor Udara yang terhempas saat pulang memberi perkhidmatan di kawasan pedalaman Sarawak. Tatkala berita tentang kebaikan setiap satu mangsa saat hayat mereka, juga video menteri yang imamkan solat jenazah salah seorang mangsa sedang memujuk hati kita, ada kenyataan pahit masih berhutang penjelasan kepada rakyat.
Mengapa helikopter yang sebegitu uzur dan wajar dilupuskan masih dibiarkan terbang memberi khidmat kepada rakyat? Sedangkan pemimpin dan VVIP dalam kerajaan diberikan helikopter yang jauh lebih baik dan baharu.