Anwar imbau perjuangan, hargai jasa perintis reformasi

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimbau kembali perjalanan panjang perjuangan reformasi bersama-sama perintis dan sahabat lama yang melalui pelbagai liku serta pengorbanan.

Anwar dalam catatan di Facebook berkata, beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan mereka yang bersama-sama memperjuangkan agenda perubahan itu.

Iklan
Iklan

"Mana mungkin saya dan Azizah melupakan jasa dan pengorbanan setiap daripada mereka kerana tanpa kekuatan, keberanian dan semangat juang kalian, tidak mungkin saya berdiri di sini hari ini memikul amanah sebagai Perdana Menteri," kata beliau.

Terdahulu, Anwar menghadiri Majlis Hi-Tea Reunion Perintis Reformis di Selangor International Trade Centre (SITC) di Shah Alam, Selangor hari ini.

Iklan

Anwar bagaimanapun berkata, perjuangan membawa perubahan masih belum selesai dan semangat yang ada perlu terus digilap.

Perdana Menteri turut menyeru supaya kekuatan dihimpunkan semula dan semangat perjuangan diwariskan kepada anak-anak, keluarga, sahabat serta generasi seterusnya.

Iklan

Beliau berkata, perjuangan membawa perubahan turut menuntut keberanian, kesabaran dan daya juang yang tidak pernah padam.

"Usia mungkin bertambah dan langkah mungkin semakin perlahan tetapi semangat jangan sesekali pudar kerana kita pernah jatuh, kalah dan menderita, namun kita juga tahu bagaimana untuk bangkit semula. Lawan tetap lawan,” kata beliau.- Bernama