RANTAU PANJANG - Jenazah seorang lelaki berusia 23 tahun seberat kira-kira 250 kilogram (kg) menyebabkan proses pemindahan yang dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Rantau Panjang dari Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian ke Masjid Al-Hidayah sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Gual Tinggi di sini mengambil masa hampir lima jam pada Jumaat.
Pegawai Unit Pertahanan Awam Rantau Panjang, Leftenan Mohd Fuad Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan khidmat khas (CD713 – Bantuan Lain-Lain) untuk membantu menguruskan pemindahan jenazah berkenaan.