Razman beri keterangan polis isu langgar PKP

Iklan
Razman sudah memberi keterangan polis berhubung dakwaan ingkar PKP di IPD Kerian petang tadi.

IPOH - Exco Kerajaan Perak, Razman Zakaria memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengadakan perjumpaan perkumpulan seperti yang tular di media sosial kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol itu berkata, proses rakam keterangan berjalan kira-kira satu jam selepas dia hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian kira-kira jam 4.30 petang tadi.

Iklan
Iklan

"Tiada apa yang serius, keterangan saya semua berkisar mengenai majlis yang tular itu.

"Saya sedia beri kerjasama sepenuhnya dan serah kepada polis untuk siasatan serta tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Iklan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan bahawa pihaknya mengambil keterangan daripada Razman.

Jumaat lalu, tular di media sosial beberapa keping gambar memaparkan kehadiran Razman selaku Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil bersama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali pada majlis makan di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Polis Perak akan rakam percakapan Timbalan Menteri 1

Gambar itu dimuat naik di Facebook dan tular di media sosial sebelum status berkenaan dipadam susulan reaksi netizen yang mendakwa kedua-dua mereka melanggar PKP.

Pemimpin UMNO kecam Timbalan Menteri tidak patuh PKP

Polis terima laporan VIP langgar PKP: Ismail Sabri