TNB lapor polis insiden pembaca meter dikasari

Iklan
TNB memandang serius kejadian tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

PUTRAJAYA- Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat laporan polis berhubung insiden melibatkan kekasasaran terhadap pembaca meter TNB ketika sedang menjalankan tugas rasmi di Pangsapuri Taman Bukit Segar, Kuala Lumpur, pagi Khamis.

Menerusi kenyataan, TNB memandang serius kejadian tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Iklan
Iklan

Ujar TNB, berdasarkan laporan awal, petugas berkenaan telah didatangi dan diserang oleh dua individu ketika berada di kawasan pangsapuri tersebut. Insiden itu menyebabkan petugas mengalami kecederaan dan beliau telah mendapatkan rawatan di hospital.

"Orang ramai dimohon memberikan kerjasama kepada petugas TNB serta menyalurkan sebarang pertanyaan atau maklumbalas melalui saluran rasmi TNB," jelas syarikat itu.

Iklan
Iklan