Pengundi diprofil, sentimen direka
Iklan
Laporan dari syarikat kecerdasan buatan Anthropic mendedahkan manipulasi sentimen politik di Malaysia oleh syarikat Turki. Gambar hiasan
DESAS-DESUS minggu ini tidak bermula dari koridor kuasa Putrajaya, sebaliknya daripada laporan 154 muka surat yang diterbit syarikat kecerdasan buatan Amerika Syarikat, Anthropic bertarikh 10 September 2026.
Laporan itu mengaitkan sebuah syarikat di Istanbul, BBS Bilişim Teknolojileri dengan sistem yang memanipulasi sentimen pengundi Malaysia dan dijual kepada sesiapa yang sanggup membayar. Pengendalinya menggambarkan produk itu sebagai military-grade, AI-driven, real-time political operations ecosystem.