Coca-Cola semarak kemeriahan EPL menerusi kempen Rasa-Rasa Bola

Iklan
Promosi sorak hujung minggu dengan Coke X EPL menawarkan lebih 100,000 hadiah termasuk tiga pasang tiket untuk menyaksikan perlawanan EPL secara langsung.

SHAH ALAM – Coca-Cola memperhebatkan pengalaman peminat bola sepak Malaysia sempena kembalinya Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kempen Rasa-Rasa Bola yang mengetengahkan budaya dan tradisi menonton bola sepak dalam kalangan rakyat tempatan.

Pengarah Pemasaran Coca-Cola Singapura, Malaysia dan Myanmar, Chrystian Lim berkata, kempen tersebut meraikan cara unik masyarakat Malaysia menghayati pengalaman bola sepak menerusi pelbagai aktiviti yang boleh disertai peminat dan orang ramai.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kempen Rasa-Rasa Bola menawarkan antaranya pengalaman istimewa hari perlawanan di seluruh negara dengan lebih 50,000 kedai di seluruh Malaysia akan tampil dengan suasana yang diinspirasikan daripada kemeriahan hari perlawanan.

“Selain itu, promosi sorak hujung minggu dengan Coke X EPL menawarkan lebih 100,000 hadiah termasuk tiga pasang tiket untuk menyaksikan perlawanan EPL secara langsung.

Iklan

“Masyarakat Malaysia lebih dekat dengan kemeriahan EPL sambil mencipta lebih banyak peluang untuk berkumpul, bersorak dan menikmati detik-detik yang menjadikan bola sepak begitu istimewa,” jelasnya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Chrystian berkata, Coca-cola telah menjadi sebahagian daripada pelbagai sambutan, tradisi dan detik kebersamaan rakyat Malaysia selamat 90 tahun.

Iklan

“Bola sepak merupakan antara minat yang paling dekat di hati masyarakat Malaysia dan tahun ini, kami menjadikan pengalaman tersebut lebih istimewa menerusi kempen Rasa-Rasa Bola yang mendekatkan para peminat dengan tradisi dan detik-detik kebersamaan yang menjadikan bola sepak begitu istimewa dalam kalangan komuniti,” ujarnya.

Beliau menambah, bola sepak terus menjadi antara medium yang menyatukan komuniti di seluruh negara, terutama ketika musim pertandingan apabila penyokong berkumpul bagi memberikan sokongan kepada kelab kegemaran masing-masing.

Selain itu, katanya, budaya bola sepak turut dapat dilihat menerusi sorakan penyokong di restoran mamak dan pertemuan rakan-rakan yang berkumpul untuk menyaksikan perlawanan bersama.

Perlawanan bola sepak turut menjadi antara detik yang dikongsi bersama keluarga ketika mereka meluangkan masa untuk menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing.