Anwar beri bayangan berita baik isu elektrik

Iklan
Anwar

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan terdapat berita baik susulan mesyuarat khas berkaitan isu elektrik yang berlangsung di Bangunan Perbendaharaan, di sini pada Khamis.

Beliau berkata, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Iklan
Iklan

“TNB dah selesai, akan keluarkan kenyataan segera okay? It's a good news," katanya ketika ditemui pemberita di sini. 

Terdahulu, Anwar mempengerusikan mesyuarat berkenaan yang turut disertai oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. 

Iklan

Hadir sama, pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan, pengurusan kanan TNB dan Suruhanjaya Tenaga. 

Mesyuarat berkenaan menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna terhadap peningkatan bil elektrik, khususnya membabitkan penggunaan elektrik yang tinggi serta pelaksanaan mekanisme pelarasan kos bahan api secara automatik (AFA).

Iklan

Pada Rabu, Anwar yang juga Menteri Kewangan  berkata, sekitar 80 peratus pengguna domestik yang menggunakan elektrik tidak melebihi 600 kilowatt-jam (kWj) sebulan kekal dilindungi dan tidak terkesan dengan kenaikan kadar susulan peningkatan kos bahan api tahun ini.

Keresahan rakyat mengenai bil elektrik kecoh di media sosial yang didakwa melambung tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.