Hanya berani cakap, buatnya tidak - AMK

Iklan
Muhammad Kamil

IPOH - Angkatan Muda Keadilan (AMK) mahu kestabilan politik negara terus terpelihara bagi menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, kestabilan politik menjadi asas penting dalam membolehkan dasar serta perancangan kerajaan dilaksanakan dengan berkesan untuk manfaat rakyat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang kenyataan terutama kalangan pemimpin parti kerajaan yang menggambarkan ketidaktentuan politik ketika ini merupakan perkara biasa dalam perbahasan politik, namun tidak mencerminkan realiti pentadbiran negara.

"Ada juga percubaan daripada kelompok tertentu yang sengaja mewujudkan keadaan tidak stabil ini bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu dalam parti mereka,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada pelbagai NGO Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta di Tanjung Rambutan pada Khamis.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM117,000 itu diberikan kepada 10 NGO antaranya Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.

Iklan

Mengulas dakwaan serangan politik terhadap Perdana Menteri, Muhammad Kamil secara sinis berkata, terdapat pihak yang hanya lantang berbicara tetapi tidak menunjukkan tindakan.

"Setengah orang dia berani cakap saja, tapi dia tak berani buat. Itu kita kena nilai mana pemimpin yang bekerja dan mana yang sekadar bermain politik," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan berbeza berkaitan desakan Pilihan Raya Umum (PRU), beliau berkata perkara itu perlu dirujuk kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Itu kena tanya orang itu. Pagi cakap lain, malam cakap lain. Pening agaknya," katanya.