Lima pendaki sesat di Bukit Larut ditemukan keletihan

Iklan
Kelima-lima mangsa ditemui selamat, namun dalam keadaan mengalami kekejangan otot akibat keletihan. Foto Bomba Perak

TAIPING - Bomba berjaya menyelamatkan lima pendaki yang sesat ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Larut di sini pada Rabu.

Kesemua mangsa terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita berusia antara 26 hingga 29 tahun ditemui dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.01 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping dan BBP Kamunting digerakkan ke lokasi kejadian bagi membantu menyelamat mangsa.

Iklan

"Pasukan penyelamat kemudian mendapatkan koordinat mangsa sebelum bergerak ke lokasi dengan bantuan kenderaan pacuan empat roda milik pengurusan Bukit Larut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat dikawal sepenuhnya pada jam 9.42 malam selepas semua mangsa berjaya ditemui.

Iklan

Operasi mencari dan menyelamat dikawal sepenuhnya pada jam 9.42 malam selepas semua mangsa berjaya ditemui. Foto Bomba Perak

Katanya, operasi dijalankan menggunakan konsep ‘Locating, Accessing, Stabilising and Transporting’ (LAST) dengan kerjasama pihak polis dan renjer hutan.

“Semua mangsa kemudian dibawa turun dari bukit sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Bagaimanapun, mereka mengalami kekejangan otot akibat keletihan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan serius," katanya.

Operasi yang melibatkan 15 anggota bomba itu tamat sepenuhnya pada jam 12.03 malam.