Siapa selepas Abang Jo?
Iklan
Abang Johari menyeru generasi muda Sarawak dipersiapkan untuk mengambil alih
kepimpinan negeri itu.
SELEPAS hampir sedekad menerajui Sarawak, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mula memberi bayangan bahawa era kepimpinannya menghampiri fasa peralihan apabila berkata, “mungkin ini yang terakhir” pada 13 September lalu.
Abang Johari, 76, tidak memperincikan sama ada kenyataan itu merujuk kepada Pilihan Raya Negeri (PRN), penggal atau tempoh kepimpinannya, sebaliknya menegaskan keputusan akan dibuat apabila tiba masanya sambil menyeru generasi lebih muda dipersiapkan untuk mengambil alih.