Malaysia dukung Arab Saudi pastikan keselamatan Makkah - Anwar

Iklan
Malaysia menghargai tindakan pantas yang diambil dalam memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara. Foto Facebook Anwar Ibrahim - AFP

KUALA LUMPUR  - Malaysia menzahirkan dukungan kepada Kerajaan Arab Saudi susulan kejayaan memintas sebuah dron berhampiran Makkah al-Mukarramah dan menegaskan sebarang percubaan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian kota paling suci umat Islam itu tidak boleh diterima sama sekali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menghargai tindakan pantas yang diambil dalam memastikan keselamatan penduduk dan para jemaah di Makkah terus terpelihara. 

Iklan
Iklan

"Saya mengikuti laporan mengenai sebuah dron yang berjaya dipintas berhampiran Makkah al-Mukarramah. 

"Insiden ini sekali lagi mengingatkan kita akan keperluan untuk mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan yang lebih meruncing di rantau tersebut," katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Anwar berkata, Malaysia menyeru agar segala serangan terhadap kawasan awam dihentikan serta-merta, termasuk sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan kesucian tempat-tempat suci. 

Beliau berkata, semua pihak yang terlibat harus memilih jalan damai menerusi dialog bagi meredakan ketegangan serta mencari penyelesaian tanpa berlengah. - Bernama

Iklan