R-HAAN perkenal tiga hidangan Samrub baharu sempena ulang tahun kesembilan

Iklan
Antara hidangan (Amuse-Bouche) yang menampilkan sembilan dimensi rasa sempena Samrub baharu ‘Wisdom of Thai Happiness’ bagi meraikan ulang tahun kesembilan R-HAAN.

RESTORAN mewah Thailand di Bangkok, R-HAAN meraikan ulang tahun kesembilan dengan memperkenalkan Samrub baharu bertemakan ‘Wisdom of Thai Happiness’ hasil ciptaan Chef Chumpol Jangprai.

Restoran bertaraf dua bintang Michelin itu menyajikan set hidangan 'Samrub' yang serba lengkap dengan pelbagai lauk-pauk yang sesuai untuk dinikmati bersama.

Iklan
Iklan

Setiap hidangan telah digubah dengan teliti sebagai sebahagian daripada satu naratif yang berterusan melalui kepelbagaian bahan, teknik dan persembahan kontemporari.

Menariknya, hidangan Samrub tersebut mengetengahkan Amuse-Bouche yang mewakili sembilan rasa iaitu masam, masin, manis, pedas, kaya, pahit, kelat, bergas dan umami.

Iklan

Selain Amuse-Bouche, hidangan utama yang turut ditampilkan ialah ‘Nai Nam Mee Pla, Nai Na Mee Khao’ yang diinspirasikan daripada ungkapan ‘Di dalam air ada ikan, di sawah ada nasi’.

R-HAAN berkata, nasi, ikan dan sambal telah menjadi elemen asas dalam hidangan Thai selama beberapa generasi.

Iklan

"R-HAAN mentafsir semula kombinasi yang biasa ini melalui nasi dari Chiang Rai, telur dan hati ikan tenggiri, sos cili berperisa udang, tuna premium yang dibakar dan kaviar.

"Kelebihan hidangan ini bukan sahaja terletak pada kemewahan bahan-bahannya, tetapi mempertingkatkan asas makanan Thai yang sederhana melalui hidangan nasi, ikan dan sambal sambil mengekalkan rasa dan kenangan pada setiap hidangan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Selain itu, R-HAAN turut mengetengahkan Tom Kha Thai dengan Udang Karang yang menampilkan gabungan udang karang, Champagne, asparagus putih dan minyak ketumbar.

Ujar R-HAAN, hidangan ini dipersembahkan melalui bahasa hidangan mewah kontemporari, namun ianya mengekalkan identiti rasa tradisional Tom Kha.

Bagi melengkapkan pengalaman tersebut, sembilan pilihan gandingan minuman turut ditawarkan merangkumi moktail, teh dan minuman beralkohol.

"Setiap gandingan minuman telah dipilih dengan teliti untuk melengkapi rasa, aroma dan ciri individu setiap hidangan.

"Dengan mengubah pilihan minuman, Samrub yang sama dapat mendedahkan dimensi rasa dan pengalaman yang berbeza, mengajak setiap tetamu untuk menemui" Wisdom of Thai Happiness” melalui perjalanan yang lebih peribadi," ujarnya.

Menu yang ditawarkan sehingga 30 Disember 2026, dengan pakej hidangan penuh Samrub berserta satu gandingan minuman ini boleh dinikmati pada harga bermula THB 6,999 (RM851.22) dan ke atas atau THB 9,999 (RM1,216.08) dan ke atas untuk setiap orang.