Mahdzir dedah bayangan awal kerjasama UMNO-Pas Kedah
Iklan
Muhammad Sanusi menerima kunjungan pemimpin UMNO pada Selasa.
ALOR SETAR - UMNO Kedah sudah mempunyai bayangan awal kerjasama yang bakal dijalin dengan Pas, hasil pertemuan tidak rasmi bersama Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada petang Selasa.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pertemuan santai minum petang itu disifatkan sebagai sangat positif.
Iklan
Iklan
"UMNO Kedah mengadakan kunjungan ke Kediaman Rasmi Menteri Besar Kedah untuk pertemuan secara tidak rasmi dan saya sifatkan pertemuan itu sangat mesra, positif dan hasilnya ada bayangan awal ke arah perbincangan yang lebih serius di peringkat lebih tinggi selepas ini," katanya dalam satu kenyataan.
Pertemuan dilakukan bersama Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ariffin Man, Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz.
Iklan
Menurut Mahdzir, UMNO Kedah juga membayangkan bagaimana untuk meletakkan perundingan antara kedua-dua parti tersebut di meja rundingan jika bergerak bersama dalam Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) nanti.
"Saya akan maklumkan juga kepada pihak kepimpinan tertinggi UMNO di peringkat pusat berkaitan pertemuan tidak rasmi dengan pimpinan Pas Kedah ini dan langkah seterusnya akan kita susun kerana apa sekalipun keputusan yang hendak dibuat, akan diputuskan di peringkat tertinggi kedua-dua parti," katanya.
Iklan
Sebelum ini, media melaporkan hasrat UMNO Kedah mengadakan pertemuan dengan pimpinan Pas negeri sebaik berakhirnya Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka boleh jadi medan ujian kerjasama UMNO-Pas - Sanusi"><meta itemprop="description" content="PRN Melaka boleh jadi medan ujian kerjasama UMNO-Pas - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berpandangan rundingan kerjasama politik akan menjadi lebih mudah sekiranya UMNO bersedia memberi ruang kepada Pas untuk bertanding beberapa kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurut beliau, pendekatan itu boleh dijadikan asas kepada rundingan yang lebih luas melibatkan negeri-negeri lain, termasuk empat negeri di bawah Perikatan Nasional (PN) atau SG4 iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796503/berita/politik/prn-melaka-boleh-jadi-medan-ujian-kerjasama-umno-pas---sanusi
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SanusiMdNor #UMNOPas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-16T02:44:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P161S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb86mpe"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb86mpe"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb86mpe"></script>