Kita dan iklan
Iklan
Iklan penting dalam menggerakkan ekonomi dan membiayai industri media serta kandungan digital. - Gambar hiasan
SAYA sebenarnya penyokong iklan. Bukan kerana saya suka menonton produk kononnya boleh menyebabkan seseorang kelihatan dua puluh tahun lebih muda selepas digunakan tujuh hari.
Bukan juga kerana saya banyak menulis tentang propaganda, yang secara relatifnya berkongsi banyak persamaan dengan pengiklanan. Bukan itu. Sokongan saya berasaskan kefahaman iklan mempunyai peranan yang sangat besar dalam menggerakkan ekonomi.