'Ahmad Zahid diyakini tidak ulang episod No Anwar, No DAP’
Iklan
Ahmad Zahid dijangka tidak mengulangi episod No Anwar, No DAP dengan membelakangi pendirian yang dizahirkan pada PAU 2026. Gambar kecil: Ariff Aizuddin
SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka tidak mengulangi episod No Anwar, No DAP dengan membelakangi pendirian yang dizahirkan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Ariff Aizuddin Azlan berkata, keyakinan itu bersandarkan perkembangan hubungan BN dan Pas yang kini dilihat semakin mempunyai kepentingan strategik menjelang PRU16.