Wira baju oren
Iklan
Biarlah sesiapa yang bersalah didakwa dan jikalau mereka tidak bersalah, bersihkan nama mereka. - Imej janaan AI
DI Indonesia ada gerakan mahukan mereka yang didapati bersalah dalam kes rasuah dihukum mati. Di China, hal itu sudah lama dilaksanakan. Memang rasuah musuh utama negara. Tamadun dan empayar tumbang kerana rasuah.
Tapi pelik juga apabila orang yang disiasat kerana dikatakan terlibat dalam salahguna kuasa dan rasuah dianggap wira di negara ini. Presiden UMNO sendiri kata dua pemimpin mereka 'dibajuorenkan'. Dalam hantaran media sosial UMNO, seorang bekas menteri dan bekas Pengerusi Tabung Haji dianggap wira yang dianiaya negara.