Emas serendah 0.001 gram, GoldNow bawa cara baharu menyimpan dan memberi emas

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif Tomei Digital, Geh Yang Chia (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Tomei Consolidated Berhad, Datuk Ng Yih Pyng memperkenalkan dua ciri baharu GoldNow iaitu Gold Savings dan Gold Gifting.

Ketua Pegawai Eksekutif Tomei Digital, Geh Yang Chia (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Tomei Consolidated Berhad, Datuk Ng Yih Pyng memperkenalkan dua ciri baharu GoldNow iaitu Gold Savings dan Gold Gifting.

KUALA LUMPUR - Tak perlu lagi menunggu sehingga mempunyai wang yang banyak untuk mula mengumpul emas. Dengan GoldNow, pengguna kini boleh membina simpanan emas sedikit demi sedikit mengikut kemampuan dan matlamat masing-masing, termasuk untuk Umrah, pendidikan anak, perkahwinan atau persediaan masa depan.

Iklan
Iklan

Lebih menarik, emas juga kini boleh dijadikan hadiah secara digital menerusi ciri Gold Gifting, dengan pemberian serendah 0.001 gram terus melalui aplikasi.

Dua ciri baharu itu, Gold Savings dan Gold Gifting, diperkenalkan GoldNow bagi menjadikan pengumpulan dan pemberian emas lebih mudah, fleksibel serta dekat dengan kehidupan seharian rakyat Malaysia.

Iklan

GoldNow dilancarkan oleh Kumpulan Tomei sebagai platform mudah alih yang selamat, mudah diakses dan patuh Syariah, bagi membolehkan rakyat Malaysia mengumpul emas dengan lebih mudah.

Simpan emas ikut matlamat, bukan sekadar ikut kemampuan

Iklan

Melalui ciri Gold Savings, pengguna boleh mengumpul emas secara konsisten menerusi sumbangan kecil dan mampu milik, sekali gus membantu membentuk tabiat menyimpan secara berdisiplin bagi mencapai matlamat kewangan jangka panjang.

Pengguna boleh mewujudkan tabungan emas khusus untuk pelbagai aspirasi seperti menunaikan Umrah, pendidikan, perkahwinan atau pencapaian keluarga, sekali gus memudahkan mereka menyusun, menjejaki dan memantau perkembangan beberapa matlamat dalam satu platform.

Setiap tabungan emas boleh disesuaikan mengikut matlamat serta tempoh sehingga 120 bulan. Menerusi ciri Auto Debit, pengguna boleh menetapkan sumbangan berulang menggunakan kad debit atau kredit pilihan, termasuk mengumpul serendah 0.1 gram sebulan secara automatik.

Ketua Pegawai Eksekutif Tomei Digital, Geh Yang Chia, berkata Gold Savings diperkenalkan berdasarkan kepercayaan bahawa pengumpulan emas yang berjaya memerlukan konsistensi dan disiplin.

“Daripada cuba meramalkan pergerakan pasaran, kami menggalakkan pengguna mengumpul secara berkala dari semasa ke semasa.

“Dengan membuat sumbangan secara konsisten, pengguna boleh meratakan kos pengumpulan mereka dalam keadaan pasaran berbeza, di samping membentuk tabiat kewangan yang mampan bagi menyokong matlamat jangka panjang,” katanya.

GEH YANG CHIA

Menurut beliau, ramai rakyat Malaysia menyimpan dengan matlamat tertentu, sama ada untuk Umrah, pendidikan anak, persediaan perkahwinan atau komitmen keluarga pada masa depan.

Lebih bermakna setiap detik istimewa

Sementara itu, Gold Gifting menawarkan cara baharu untuk meraikan detik penting dalam kehidupan, selain memperkenalkan penerima kepada nilai pengumpulan emas.

Sama ada untuk sambutan hari jadi, perkahwinan, kelahiran bayi, graduasi, musim perayaan atau pencapaian peribadi, pengguna kini boleh menghadiahkan emas secara serta-merta menerusi platform berkenaan, dengan pemberian serendah 0.001 gram.

Berbeza dengan hadiah konvensional yang mungkin habis digunakan atau dilupakan selepas tempoh tertentu, emas boleh terus dikumpul dan disimpan untuk keperluan masa depan.

Hadiah emas untuk ganjaran korporat

Bagi syarikat, Gold Gifting menggantikan hamper dan ganjaran korporat konvensional dengan sesuatu yang lebih berkekalan - sesuai untuk ganjaran prestasi, insentif pengedar atau hadiah pelanggan.

Ia membolehkan organisasi memanfaatkan kepercayaan dan legasi Tomei untuk memberi sesuatu yang mudah dihantar dan bernilai berkekalan.

Keseluruhan proses berlaku secara digital dalam beberapa langkah mudah, membolehkan ia disepadukan terus ke dalam program insentif syarikat, sekali gus menandakan fasa seterusnya pertumbuhan GoldNow menerusi kerjasama perniagaan.

Menuju ekosistem matlamat kehidupan

Pengenalan Gold Savings dan Gold Gifting mencerminkan komitmen GoldNow untuk menjadikan pengumpulan emas lebih praktikal, bermatlamat dan relevan dengan gaya hidup moden.

Pada masa depan, GoldNow menyasarkan pembangunan ekosistem lebih menyeluruh yang menghubungkan pengguna dengan produk serta perkhidmatan daripada rakan strategik bagi melengkapi matlamat dan aspirasi mereka, termasuk berkaitan perkahwinan, Umrah dan pendidikan.

“Kami mahu GoldNow melangkaui pengumpulan emas dan menjadi platform yang menyokong matlamat kehidupan yang bermakna.

“Visi kami adalah membantu pengguna mengumpul emas ke arah aspirasi mereka serta menghubungkan mereka dengan rakan dipercayai yang boleh membantu merealisasikan matlamat tersebut,” kata Chia.

Mahu mula mengumpul emas dengan lebih mudah dan mengikut matlamat sendiri? Muat turun aplikasi GoldNow di App Store atau Google Play dan mulakan simpanan emas anda hari ini.