Verstappen hampir tinggalkan F1

Iklan
Verstappen akan kekal bersama Red Bull sehingga 2030. Foto: Agensi.

JUARA dunia Formula Satu (F1) empat kali, Max Verstappen mengakui hampir meninggalkan saingan itu sebelum memutuskan untuk terus bersama Red Bull sehingga 2030.

Pemandu berusia 28 tahun itu berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas melalui fasa serius mempertimbangkan masa depannya, termasuk kemungkinan menyertai pasukan lain.

Iklan
Iklan

Malah, Verstappen mengesahkan pernah mengadakan perbincangan dengan McLaren ketika menilai pilihan yang ada sebelum akhirnya memilih untuk kekal bersama Red Bull.

Verstappen berkata, pilihan untuk bersara ketika itu bukan sekadar lintasan fikiran, sebaliknya sesuatu yang benar-benar dipertimbangkannya secara serius.

Iklan

“Sama ada bersara atau tidak, jadi ia adalah keputusan 50-50. Saya benar-benar serius mempertimbangkan untuk berhenti. Tetapi akhirnya, saya hanya sukakan perlumbaan,” katanya.

Keputusan itu hadir ketika Verstappen melalui musim yang sukar selepas mendominasi kejuaraan dunia selama empat tahun berturut-turut dari 2021 hingga 2024, selain masih belum meraih kemenangan musim ini.

Iklan

Dia kini menghuni tangga keenam kejuaraan selepas menamatkan Grand Prix (GP) Sepanyol di Madrid di tempat kedua, ketinggalan 147 mata daripada pendahulu, Kimi Antonelli dari Mercedes.

Menurut Verstappen, keputusan menyambung kontrak tidak dipengaruhi tekanan luar kerana dia lebih mengutamakan pandangan dirinya, keluarga, pengurusan dan pasukan.

“Jika kedua-dua pihak mahu bekerjasama untuk jangka panjang, mengapa perlu menunggu? Kritikan tidak mengganggu dan saya tidak peduli apa yang orang lain fikirkan mengenai diri saya,” katanya.

Pemandu Belanda itu juga menganggap pencapaian empat kejuaraan dunia sudah mencukupi untuk memenuhi impian utamanya dan tidak lagi merasakan dirinya perlu membuktikan sesuatu dalam F1.

“Saya tidak berlumba untuk buku sejarah, tetapi untuk diri sendiri, pasukan dan peminat kami. Disebabkan itu, keputusan akhirnya dibuat dengan pantas,” katanya.

Berbeza dengan Fernando Alonso yang masih berlumba pada usia 45 tahun, Verstappen tidak menjangka untuk meneruskan karier sehingga usia 40-an, sebaliknya mahu berhenti apabila hilang keseronokan terhadap perlumbaan.

Saingan F1 akan bersambung dua minggu lagi menerusi GP Azerbaijan.