Umrah 'si pendosa’, ALLAH tunjukkan jalan
Iklan
Sebuah kisah perjalanan umrah yang mengajar bahawa setiap kerisauan pasti ada hikmah yang disediakan oleh ALLAH SWT. Foto hiasan
BEBERAPA tahun lalu, saya berpeluang menunaikan umrah bersama sebuah syarikat pengendali yang disyorkan seorang sahabat. Dia sudah lama berkhidmat di Lembaga Tabung Haji, jadi saya yakin dengan pengalamannya.
“Hang cuba syarikat ini. Kawan aku ejen dia. Insya-ALLAH kalau ada apa-apa masalah, maklum saja,” katanya.