PUTRAJAYA – Kerajaan mengalu-alukan pendekatan yang diambil oleh komuniti penduduk di sesetengah kawasan di negara ini untuk menjaga kampung mereka daripada dimasuki orang luar.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, bagaimanapun ketua komuniti tersebut perlu memaklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu dan mengikuti peraturan yang dikeluarkan pihak berkuasa.