NESCAFE memperkenalkan Projek Hidupkan Duniamu dengan komitmen pelaburan sebanyak RM500,000 untuk membantu anak muda mengubah minat dengan menjadi peluang kerjaya.
Berteraskan Program Keusahawanan Belia NYEP (Nescafe Youth Entrepreneurs Programme), program selama enam bulan itu akan menyalurkan sokongan kewangan dan bimbingan serta platform khusus kepada anak muda yang terpilih di negara ini untuk membangunkan perniagaan baharu mereka sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Singapura dan Brunei, Juan Aranols berkata, anak muda di negara ini perlu mengimbangi pelajaran, kerjaya dan tanggungjawab kewangan walaupun mempunyai semangat yang tinggi dalam mengejar aspirasi mereka.
“Memandangkan sekadar mempunyai minat belum tentu mencukupi, Nescafe mengambil inisiatif menyediakan sokongan menyeluruh bagi membantu generasi muda mengorak langkah bagi merealisasikan impian mereka.
“Program ini akan menyokong para peserta melalui tiga pendekatan bermakna,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Tambah beliau, pendekatan pertama, memberikan bantuan kewangan yang boleh fleksibiliti kepada golongan muda untuk mengejar aspirasi mereka manakala yang Kedua, menghubungkan mereka dengan mentor yang berdedikasi untuk membimbing mereka sepanjang perjalanan.
Pendekatan yang ketiga menyediakan platform untuk mereka berkongsi pengalaman dan kisah perjalanan serta memberi inspirasi kepada generasi muda yang lain
Berteraskan falsafah global Nescafe Make Your World, Projek Hidupkan Duniamu berlandaskan kepercayaan bahawa setiap individu perlu diberikan peluang untuk mengejar aspirasi yang memberi makna dan tujuan dalam kehidupan mereka.
“Melalui penglibatan kami bersama komuniti dan barisan petugas hadapan di seluruh Malaysia, kami berpeluang menyaksikan ketabahan dan keazaman mereka dalam membantu orang ramai mengatasi cabaran serta mencapai apa yang paling bermakna bagi mereka. tetapi ia memerlukan akses kepada peluang yang boleh mendatangkan perubahan.
“Anak muda Malaysia yang ingin merealisasikan aspirasi mereka dikehendaki menghantar video TikTok berdurasi 60 saat dan menerangkan mengapa mereka layak menyertai program ini,” katanya.
Permohonan dibuka mulai 1 Oktober sempena Bulan Kopi Antarabangsa, manakala maklumat lanjut mengenai proses permohonan, kriteria pemilihan dan bentuk sokongan kewangan boleh diperoleh menerusi saluran media sosial Nescafe Malaysia serta siri jelajah Nescafe yang akan datang.
Nescafe turut menganjurkan acara Hidupkan Duniamu Bersama Nescafe dari 8 hingga 13 September di IOI City Mall Putrajaya dan turut meneruskan meneruskan siri jelajah berkenaan di beberapa lokasi lain termasuk Sunway Pyramid dan Queensbay Mall.