Banyak yang PMX kena jawab
Iklan
Anwar - FOTO: Bernama
AWANG percaya dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini, banyak yang kerajaan dan PMX kena jawab. Ambil sahaja ucapan Tuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang terang-terang kata ada bentuk intimidasi, fitnah dan tuduhan jahat dilemparkan “untuk tujuan menakut-nakutkan, mengaibkan, serta mencabar reputasi pimpinan.” Tentulah beliau merujuk tekanan pada pemimpin UMNO. Lebih hebat lagi beliau berkata akhir-akhir ini berlaku kebobrokan manusia “yang hanyut dengan kekuasaan sementara.”
Kata beliau lagi semua itu sampai “hilang pertimbangan, rakus menyalahgunakan sisa jawatan, menganiaya rakan yang sebelum ini mengangkat mereka ke puncak takhta.” Awang cuba nak lupakan perkataan 'mereka', Awang percaya sasaran beliau adalah pada SEORANG.