Doa buat Tuan Sani
Iklan
Mohd Sani
KEBANYAKAN kisah yang saya kongsikan sebelum ini membawa pembaca kembali ke lokasi kejadian yang pernah saya cover sepanjang bergelar wartawan.
Namun kali ini, ceritanya sedikit berbeza. Saya tidak mahu bercerita tentang satu kejadian yang pernah saya lihat atau satu operasi yang pernah saya ikuti. Sebaliknya, saya mahu berkongsi kisah tentang seorang insan yang pernah begitu dekat dengan kehidupan saya sebagai wartawan.