SHAH ALAM - Kes kematian pelajar latihan industri di tempat kerja kerap dilaporkan media, dengan sekurang-kurangnya tiga insiden maut direkodkan setakat tahun ini.
Pada Januari lalu, seorang pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Soo Yu Juan, 24, maut dalam kejadian letupan gas pendingin hawa.
Kejadian kira-kira jam 11.40 pagi di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu turut menyebabkan sembilan lagi individu cedera.
Pada Jun pula, pelajar latihan industri dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Adam Danish Mohd Anuar, 23, maut ketika menjalankan kerja penyelenggaraan di Kolam Menara Saujana 1, Kuala Selangor.
ARTIKEL BERKAITAN: Gas pendingin hawa meletup di universiti swasta: Seorang maut, dua parah
Lemas dalam tangki: Muhammad Adam Danish penuntut tahun akhir UPM
Dua maut terkena renjatan elektrik: Polis sahkan mangsa Wan Adilah dan pelajar praktikal
Mangsa dilaporkan tersangkut di kawasan 'scour point' sebelum disahkan meninggal dunia.
Terkini, seorang pelajar praktikal, Rubayyi Razak, 27, antara dua individu yang maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menjalankan kerja di sebuah kolam ikan di Besut, Terengganu.
Tiga insiden maut membabitkan pelajar latihan industri dilaporkan setakat tahun ini, melibatkan kejadian berbeza termasuk letupan, insiden dalam tangki dan renjatan elektrik.