Remaja perempuan ditemukan maut di apartmen

Iklan
Seorang remaja perempuan ditemui meninggal dunia di sebuah perumahan di Presint 5. Foto hiasan

PUTRAJAYA - Seorang remaja perempuan ditemui meninggal dunia di sebuah perumahan di Presint 5 di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.33 malam itu, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya menerima maklumat menerusi talian MERS 999 berhubung kejadian berkenaan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 15 tahun ditemui terbaring di pekarangan perumahan terbabit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Putrajaya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa untuk tindakan lanjut dan bedah siasat dijadualkan dijalankan pada jam 9 pagi, Ahad.

"Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Iklan