Di sebalik tuduhan terhadap Azeez
Iklan
Perbicaraan terhadap Abdul Azeez bermula pada 9 September lalu. Foto: Bernama
SESIAPA pun yang faham barang sedikit mengenai ekonomi dan perniagaan, tentu sudah lama tahu dan faham betapa luasnya konspirasi penipuan yang didalangi oleh Jho Low dan dilaksanakan oleh konco-konco beliau.
Keluasan konspirasi 1MDB dan SRC International yang beliau kendalikan itu menjadi semakin ketara dan sahih berikutan perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.