‘Itik tempang’ di Negeri Sembilan
Iklan
Ismail mendakwa beliau dipaksa menandatangani surat cara proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
KENYATAAN Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bahawa beliau menandatangani Surat Cara Proklamasi di bawah Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 berkaitan Pengisytiharan Pemecatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dalam keadaan 'tanpa rela hati dan secara paksaan (duress)' adalah melucukan dan juga membimbangkan.
Melucukan kerana Surat Cara Proklamasi itu ditandatangani pada 3 Ogos 2026, namun Ismail hanya membuat laporan polis pada jam 6 petang, 8 September 2026, iaitu lebih sebulan atau kira-kira 36 hari selepas beliau mendakwa dipaksa atau ditekan.