KUALA LUMPUR - UMNO memohon pertimbangan ihsan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mesyuarat Lembaga Pengampunan diadakan kelak.
Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu bagaimanapun akan terus menghormati proses ditetapkan.
Iklan
Iklan
"Namun, dengan penuh takzim, UMNO terus menaruh harapan agar pada mesyuarat Lembaga Pengampunan akan datang, permohonan Najib akan dipertimbangkan sebaik-baiknya.
"UMNO menjunjung kasih serta menghormati sepenuhnya proses dan hak prerogatif Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan berkaitan pengampunan.
Beliau berkata demikian ketika menggulung ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan, permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Ke-63 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang berlangsung di Istana Negara pada Jumaat.