Pelancong ditemui maut ketika mendaki di Cameron Higlands

Iklan
Anggota bomba dari BBP Cameron Highlands dan agensi terlibat bekerjasama memindahkan mangsa: FOTO: Bomba Pahang.

CAMERON HIGHLANDS- Seorang pelancong warga Jerman ditemukan maut dalam lubang bekas laluan air ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isterinya di Jungle Trail 10 di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, mangsa, Hasselbusch Jorg, 58, maut, manakala isterinya, 57, terselamat.

Iklan
Iklan

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.04 tengah hari yang memaklumkan berlaku kejadian tanah runtuh di lokasi berkenaan.

"Hasil laporan mendapati tiada kejadian tanah runtuh berlaku di lokasi terbabit, sebaliknya mangsa dipercayai tergelincir ke dalam lubang bekas laluan air ketika melakukan aktiviti mendaki bersama isterinya.

Iklan

"Pemeriksaan awal terhadap mangsa mendapati lelaki berkenaan tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Susulan itu Zulfadli berkata, sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi membawa mangsa keluar dari kawasan berkenaan.

Iklan

Beliau berkata, jentera tiba di kaki bukit pada jam 12.35 tengah hari sebelum anggota meneruskan perjalanan secara berjalan kaki sejauh kira-kira tujuh kilometer ke lokasi kejadian.

“Pasukan tiba di lokasi pada jam 1.20 tengah hari sebelum membawa mangsa turun ke kaki gunung menggunakan pengusung.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan meninggal dunia," katanya.

Operasi berkenaan turut dibantu tujuh anggota polis, lima anggota Jabatan Perhutanan, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan dua anggota KKM.