Kehadiran pimpinan Pas ke PAU 2026 curi perhatian

Iklan
Kemunculan pimpinan utama Pas di hari ketiga PAU 2026 bertempat di WTC, pada Jumaat mencuri perhatian ramai. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – Kemunculan pimpinan utama Pas di hari ketiga Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 bertempat di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Jumaat mencuri perhatian ramai.

Antara pemimpin utama Pas yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari.

Iklan
Iklan

Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik kepada Presiden Pas iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman turut hadir dan duduk di bangku tetamu bersama pemimpin Pas yang lain.

Kehadiran mereka ke PAU 2026 menunjukkan hubungan antara kedua-dua parti Melayu terbesar negara itu berkemungkinan terjalin menerusi persefahaman politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak lama lagi.

Iklan

Ia juga dilihat sebagai kunjungan balas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menghadiri Muktamar Tahunan Pas ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa, Kelantan mewakili Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada minggu lalu.

Antara pemimpin utama Pas yang hadir ialah Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok merangkap Setiausaha Politik kepada Presiden Pas iaitu Mohd Syahir Che Sulaiman. Foto SINAR HARIAN-ROSLI TALIB

PAU 2026 turut dihadiri duta ke Malaysia dari seluruh negara antaranya Palestin, Iran, Singapura, Indonesia, Singapura, Vietnam, Australia, Turkiye, Republik Besar China, Switzerland, Uzbekistan, Oman, Yaman, United Kingdom (UK), Syria, Iraq, Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan New Zealand.

Iklan

Terdahulu, UMNO bersetuju menjemput barisan pemimpin tertinggi Pas untuk menghadiri PAU 2026 yang berlangsung dari 9 hingga 12 September sebagai membalas jemputan Pas kepada pimpinan parti berkenaan.

UMNO dan Pas sebelum ini pernah menjalinkan kerjasama politik secara rasmi menerusi Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai pada 2019.

Bagaimanapun, hubungan tersebut kemudiannya renggang selepas Pas memperkukuhkan kerjasama bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN).