Optimum peranan wanita, pemuda dalam parti
Iklan
Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah melantik Dayang Saniah Awang Hamid sebagai Ketua Wanita (Penaja) dan Muhammad Faiz Rahmad sebagai Ketua Pemuda (Penaja) parti di mana mereka merupakan ahli perniagaan.
PADA 1 September lalu, Presiden Parti Wawasan Negara, Datuk Seri Hamzah Zainudin telah melantik Dayang Saniah Awang Hamid sebagai Ketua Wanita (Penaja) dan Muhammad Faiz Rahmad sebagai Ketua Pemuda (Penaja) parti.
Dayang Saniah ialah Ketua Bahagian (Penaja) Tanah Merah, Kelantan manakala Muhammad Faiz ialah Ketua Bahagian (Penaja) Hulu Langat, Selangor. Kedua-duanya ahli perniagaan, bekas guru serta berpengalaman luas dalam politik dan badan masyarakat sivil.