SPRM mohon rakam keterangan bekas Pengerusi Felda di penjara

Iklan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman bercakap pada sidang media dipejabatnya hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memohon kerjasama Jabatan Penjara Malaysia bagi merakam keterangan bekas pengerusi FELDA yang kini menjalani hukuman penjara bagi membantu siasatan berkaitan aset dan pelaburan FELDA Investment Coorporation (FIC).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, rakaman keterangan bekas pengerusi FELDA itu perlu dilakukan berikutan terdapat kaitan dengan pembelian aset dan pelaburan FIC yang sedang disiasat.

Iklan
Iklan

"Kami sedang dalam proses, mungkin dalam minggu hadapan kita akan buat (permohonan)...ada prosedur yang perlu dipatuhi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Abd Halim berkata, setakat ini sebanyak tujuh kertas siasatan berkaitan Op Fella dibuka, manakala keterangan 29 saksi telah dirakam bagi menyiasat isu pelaburan aset FELDA dan FIC yang dipercayai mempunyai unsur rasuah.

Iklan

Beliau berkata, saksi yang telah dipanggil termasuk bekas ahli Lembaga Pengarah FELDA dan FIC, pengurusan kedua-dua entiti berkenaan serta individu daripada agensi kerajaan dan pihak swasta.

"Antara dipanggil adalah bekas ahli Lembaga Pengarah FELDA, bekas ahli Lembaga Pengarah FIC, pengurusan FELDA dan FIC serta agensi lain seperti pihak tanah, penilaian bebas, firma guaman dan sebagainya. Semua saksi ada kaitan antara satu sama lain,” katanya.

Iklan

Pada 6 September lepas, SPRM menahan dua individu yang mempunyai kaitan dengan siasatan tersebut iaitu bekas pengarah besar FELDA dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif FIC, dengan kedua-duanya masih dalam tahanan reman bagi membantu siasatan.

Abd Halim berkata, SPRM turut melakukan pengesanan aliran kewangan bagi mengenal pasti kemungkinan wujud salah laku atau penerimaan rasuah dalam kalangan pegawai FIC.

"Siasatan sedang berjalan dengan merujuk dokumen pembelian di Sarawak, pembelian hotel di luar negara dan penubuhan anak syarikat FELDA sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata SPRM turut menyiasat dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku di FELDA Palong 7, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, setakat ini lapan keterangan telah dirakam, membabitkan lima saksi daripada FELDA dan tiga pembekal.

"(SPRM) sedang mendapatkan kerjasama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengesahkan spesifikasi anak benih yang dibekalkan,” katanya.- Bernama