SPRM cari Amir dan Hizuwan

Iklan
SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu perbicaraan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, Amir Shauki Ismail, 34, dan Mohd Hizuwan Azman, 36, yang disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 telah gagal dihubungi walaupun usaha mengesan kedua-dua individu berkenaan telah dijalankan di alamat terakhir mereka.

Iklan
Iklan

"Bagi Amir Shauki, alamat terakhir yang dikenal pasti ialah di Kampung Baru Air Panas, Setapak Kuala Lumpur, manakala alamat terakhir Mohd Hizuwan Azman juga di Kampung Baru Air Panas," katanya.

Menurutnya, kedua-dua Individu ini telah gagal hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 26 Ogos lalu bagi perbicaraan kes.

Iklan

"Waran tangkap terhadap kedua-duanya telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari yang sama," katanya.

 

Iklan