Nahas helikopter: 'Kami masih menunggu untuk lihat sendiri jenazah Dr Ainul' - Bapa

Iklan
Bapa kepada Dr Ainul yang maut dalam tragedi helikopter terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram.

KOTA BHARU -"Keluarga belum diberi peluang lihat jenazah Dr Ainul."

Demikian kata bapa kepada Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33, iaitu Kamaruddin Salleh, 69, seorang pesara guru ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut beliau yang kini berada di Sarawak, mereka hanya dimaklumkan tentang keadaan jenazah Dr Ainul Baraah yang dikhabarkan berada dalam keadaan 'sempurna'.

Kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.

Iklan

"Bila melibatkan kebakaran, jadi faham-fahamlah.

ARTIKEL BERKAITAN: Helikopter Perkhidmatan Doktor Udara bawa lima penumpang terhempas - CAAM

Iklan

Nahas helikopter: Status mangsa belum dipastikan, SAR sedang dijalankan – Polis Sarawak

Nahas helikopter: KKM hubungi waris, ahli keluarga mangsa

Nahas helikopter: KKM maklum Dr Ainul meninggal dunia - Keluarga

Residen Miri sahkan semua mangsa helikopter terhempas meninggal dunia

Sebuah helikopter BO-105 yang membawa lima penumpang termasuk juruterbang terhempas berdekatan Long Lellang Short Take-Off and Landing Airport (STOLport), kira-kira 929 kilometer dari Kuching. Foto Bernama

Nahas helikopter: Al-Fatihah buat Kapten Zainol Afiq - Adik ipar mangsa

Nahas helikopter: Ibu Dr Ainul pengsan terima khabar duka - Bapa

'Dr Ainul tak takut naik helikopter, bersemangat kerja di pedalaman'

Nahas helikopter: 'Dr Ainul mahu sambung belajar jadi doktor pakar' - Bapa kongsi perbualan terakhir

Nahas helikopter: 'Saya berdoa semoga Dr Ainul ditempatkan di syurga' - Ibu

Media sebelum ini melaporkan, kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) yang terhempas di STOLport Long Lellang, pedalaman Baram, pada Selasa disahkan meninggal dunia.

Dr Ainul dan Muhammad Faiz.

Borneo Post yang memetik Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri merangkap Residen Miri, Galong Luang sebagai berkata, kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter itu maut dalam nahas yang berlaku di hujung landasan kira-kira jam 3.40 petang.

Katanya, kesemua lima individu di dalam helikopter itu disahkan meninggal dunia berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Kementerian Kesihatan (KKM).

Menurut Kamaruddin, urusan pengebumian masih belum dapat dimuktamadkan lagi.

Kamarudin Salleh, bapa kepada salah seorang penumpang helikopter yang terhempas berhampiran Long Lellang, Sarawak, Dr. Ainul Baroah, menunjukkan gambar anaknya (dua, kiri) bersama ahli keluarga ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa. Foto Bernama

Ujarnya, hal ini kerana keputusan padanan asid deoksiribonukleik (DNA) masih belum selesai sepenuhnya.

"Proses ini dijangka mengambil masa. Cuma saya telah menyampaikan maklumat awal kepada pihak masjid bagi membolehkan mereka membuat persediaan awal untuk urusan pengkebumian sebaik sahaja urusan di sini (Sarawak) selesai," katanya.